Thursday, May 10

bab 2

saiful adalah lelaki yang melanggar esya pagi tadi . dia merupakan anak seorang ahli perniagaan yang kaya dan seorang lelaki yang mempunyai rupa yang agak tampan . setiap perempuan yang melihat  wajah nya pasti akan cair .  dengan rupa paras yang tampan dan dengan kekayaan yang dia miliki itu dia jadikan modal untuk memerangkap cinta setiap perempan . saiful seorang yang suka main perempuan . hidup nya dikelilingi dengan perempuan. agak playboy la . bagi dirinya cinta boleh dibeli dengan wang ringgit .
 
wajah esya masih terbayang- bayang di ruangan fikiran saiful  . setiap saat . setiap minit . setiap jam . bermacam - macam soalan yang sedang bermain di fikiran saiful . siapakah perempuan itu sebenarnya ? dia dari kelas mana ? apa nama nya ?

 "apa kena la dengan aku ni . buat apa serabut - serabut aku fikir pasal dia . aishhh ! dah cam orang angau bercinta ja . tapi tak mungkin aku angau . tak mungkin dan tak akan terjadi " 

 berbicara saiful seorang diri .

Sayangku jangan kau persoalkan Siapa dihatiku Terukir di bintang Tak mungkin hilang cintaku padamu

kedengaran lagu yang didendangkan oleh Yuna telah mengejutkan saiful dari lamunan . telefon bimbit nya berbunyi . dia sangat meminati penyanyi tersebut sehingga poster poster yuna dilekatkan di ruangan bilik tidurnya . lirik lagu yang dinyanyikan  oleh penyanyi tersebut di hafal .

Tertera nama amir pada skrin telefon bimbitnya dan dengan pantasnya dia mengangkat panggilan tersebut .

" hello " saiful memulakan perbualannya .

" hello pul . ko ada mana "

"umah . napa ? nak ajak aku kuar lepak la tu . kan ? kan ? kan ? "

" tau lagi mau tanya ke bro . malam ni cam biasa ea "

" ok , set . "

 hanya itu sahaja yang dibualkan oleh amir dan saiful . amir dan saiful kawan baik sejak dulu lagi . tetapi dari mereka kelas yang berlainan .

*********************************