Thursday, May 10

bab 2

saiful adalah lelaki yang melanggar esya pagi tadi . dia merupakan anak seorang ahli perniagaan yang kaya dan seorang lelaki yang mempunyai rupa yang agak tampan . setiap perempuan yang melihat  wajah nya pasti akan cair .  dengan rupa paras yang tampan dan dengan kekayaan yang dia miliki itu dia jadikan modal untuk memerangkap cinta setiap perempan . saiful seorang yang suka main perempuan . hidup nya dikelilingi dengan perempuan. agak playboy la . bagi dirinya cinta boleh dibeli dengan wang ringgit .
 
wajah esya masih terbayang- bayang di ruangan fikiran saiful  . setiap saat . setiap minit . setiap jam . bermacam - macam soalan yang sedang bermain di fikiran saiful . siapakah perempuan itu sebenarnya ? dia dari kelas mana ? apa nama nya ?

 "apa kena la dengan aku ni . buat apa serabut - serabut aku fikir pasal dia . aishhh ! dah cam orang angau bercinta ja . tapi tak mungkin aku angau . tak mungkin dan tak akan terjadi " 

 berbicara saiful seorang diri .

Sayangku jangan kau persoalkan Siapa dihatiku Terukir di bintang Tak mungkin hilang cintaku padamu

kedengaran lagu yang didendangkan oleh Yuna telah mengejutkan saiful dari lamunan . telefon bimbit nya berbunyi . dia sangat meminati penyanyi tersebut sehingga poster poster yuna dilekatkan di ruangan bilik tidurnya . lirik lagu yang dinyanyikan  oleh penyanyi tersebut di hafal .

Tertera nama amir pada skrin telefon bimbitnya dan dengan pantasnya dia mengangkat panggilan tersebut .

" hello " saiful memulakan perbualannya .

" hello pul . ko ada mana "

"umah . napa ? nak ajak aku kuar lepak la tu . kan ? kan ? kan ? "

" tau lagi mau tanya ke bro . malam ni cam biasa ea "

" ok , set . "

 hanya itu sahaja yang dibualkan oleh amir dan saiful . amir dan saiful kawan baik sejak dulu lagi . tetapi dari mereka kelas yang berlainan .

*********************************

Monday, February 27

sambungan ...


Pintu kelas di ketuk dengan gopoh nya . Penyarah yang berdiri di hadapan kelas , yang  sedang mengajar terkejut mendengar ketukan pintu tersebut  
.
puan . maaf . saya lewat hari ni . bangun lambat “ beritahu esya kepada pensyarah nya . Pensyarahnya , Puan Adila hanya menunjuk isyarat  supaya Esya  ke tempatnya seperti biasa tanpa sebarang kata .

fuhh . lega rasa nya puan tak marah aku tadi “ kata Esya seorang diri didalam hati .
Esya duduk di sebelah Murni seperti biasa . Dia mengeluarkan buku dan alat tulis nya sambil mendengar penerangan dari  Puan Adila . Murni hanya melihat gelagat kawannya .  Esya mendengar setiap perkataan yang keluar dari mulut Puan Adila dengan fokusnya . Tiba – tiba siku Esya dicuit Murni . Esya memandang kea rah murni , sementara murni membalas pandangan Esya dengan mimik mulut yang muncung sebagai isyarat . Isyarat supaya Esya memandang kearah lelaki yang sedang berdiri di koridor bertentangan dengan kelas mereka . Lelaki tersebut adalah lelaki yang melanggar Esya pagi tadi sebelum masuk ke kelas .

“ tengok laki yang pakai baju ungu tu . handsome nya. “ bisik murni pada Esya .

gatal la kau ni murni . laki cam tu pun kau cakap hensem . muka cam minta penampar ja aku tengok “  balas Esya dengan mimik muka tidak sokong apa yang dikatakan oleh murni .

“ kau ni buta ke ? handsome  doe ! kalau la dia jadi boyfriend aku kan best “
dah mula laa tu minah ni . dah nak start berangan la tu . “ perli Esya pada Murni .

biar la . dengki la kau Esya . “ jawab Murni .

Tiba – tiba ada satu suara menengking kearah murni dan esya .

“ Murni , Esya . apa yang korang dengan bualkan tu ? datang kelas nak belajar ke nak berbual ? “  Rupa – rupanya suara  Puan Adila . Puan Adila merenung tajam kearah mereka . kecut perut jugak Murni dan Esya melihat muka Puan Adila yang tengah marah tak ubah seperti seekor singa betina yang kelaparan .

Maafkan kami puan .” kata Esya dengan muka merah padam kerana malu dimarahi oleh pensyarahnya dihadapan semua rakan – rakannya .
Kelas Puan Adila pada hari itu tamat pada pukul 1 . Setelah puan adila keluar dari kelas , pelajar – pelajar  menyibuk diri untuk mengemas buku – buku dan alat tulis . Sambil mengemas buku , datang lah Amir , rakan sekelas ke tempat Esya .

Esya . apa macam lu kena kena marah tadi ? best ? “ usik Amir . Amir memang terkenal dengan sikap nya yang nakal dan suka mengusik orang terutama pelajar perempuan .

Diam la kau Amir . Kau pun sama ja macam si murni ni . “ balas Esya .

napa aku plak ? “ sampuk murni setelah mendengar percakapan  Esya .

“  lagi mau tanya ke ? aku tengah fokus nak belajar , kau sibuk nak suruh aku tengok mamat poyo tu “

mamat mana lak kau ni esya ? “ Tanya amir .

“ ntah . aku tak kenal . kau tanya la si murni ni . dia kan suka usha lelaki kat kampus ni. Semua lelaki kat sini dia kenal “ balas Esya .

ntah apa- apa la korang ni . dah-dah . jom balik cepat “ ajak amir pada esya dah murni .

jom” balas murni dan esya dengan serentak .

bab 1


Siti nur batrisyah , Esya seorang gadis kampung yang berusia 21 tahun . dia juga seorang pelajar yang kini menimba ilmu di salah satu politeknik dimalaysia iaitu Politeknik Ungku Omar , Ipoh . Esya sudah kehilangan bapanya sejak berusia 17 tahun lagi . kini , dia hanya lah menumpang kasih sayang dari ibunya sahaja serta saling menyanyangi 4 orang adik nya .  Lemah lembut , perahsia , jujur serta ikhlas setiap apa yang dia lakukan ialah perwatakan yang dilahirkan dalam diri Esya .

Esya kini berada di tahun akhir di puo . Semangat nya untuk menghabiskan pembelajarannya disitu amat tinggi .Tak sabarnya rasa nya  untuk habiskan study nya itu . Bukannya tak berminat nak belajar , tetapi dia ingin memasuki alam pekerjaan secepat mungkin . Dengan niat yang satu , iaitu ingin membantu ibunya menyara adik – beradiknya yang lain . tak sanggup lagi  rasanya dia melihat ibunyabertungkus lumus membanting tulang untuk menyara dia sekeluarga .

tak sabar rasanya aku nak final . sebab nak habis study cepat “ kata Esya pada sahabat baiknya , Murni .

Balas Murni . “ kau gila ke esya ? kita belajar pun belum habis , kau dah nak amik final paper .takut la aku dengan kau ni “

Hanya senyuman manis Esya sahaja yang membalas percakapan murni . Biar lah yang tersirat berada di fikiran dan hatinya sahaja . Dia tak nak orang lain tahu apa yang dia rasa walaupun orang yang terdekat sekali pun . itu la sikap eysa yang tidak suka membebankan orang lain dan perahsia tegar . Dia akan simpan rahsia nya walaupun sakit untuk menempuhnya . Kekuatan yang ada pada diri esya adalah kelebihan yang allah berikan padanya . Alhamdullilah .

**********************************************

Dengan pantas nya dia menyiapkan dirinya untuk ke kelas . Esya lewat ke kelas pada pagi itu . Semasa dia bergegas menuju ke kelas , bahu nya dilanggar seseorang . Habis buku yang dipegang esya bertaburan di atas koridor bangunan itu .

heyy ! tak nampak ke haa ? mata letak mana ?? “ kata esya kepada lelaki tersebut  dengan nada yang agak tinggi .

maaf . saya xsengaja laa awak . maaf kan saya . biar saya yang ambil buku awak semua ni . “ balas lelaki tersebut dengan nada sopan sebagai tanda maaf .

ahh . tak perlu .dah la lambat ni . nak langgar orang plak . isshh . lagi lambat laa aku ni .. “ membebel esya pada laki itu sambil mengutip semua buku nya yang bertaburan tadi .

Selepas mengutip semua bukunya , dia terus beredar ke kelas tanpa memandang kearah lelaki itu walaupun di hujung ekor mata . Lelaki itu hanya mampu melihat gelagat esya yang agak gopoh itu . Ketawa kecil lelaki itu seorang diri selepas mengingat kembali gelagat si Esya .

Saturday, February 25

intro

 assalamualaikum ..

korang tahu kan sapa aku ..? ( bajet hot cam artis lak ..) HAHHAA . aku ni tuan tanah blog ni . napa buat 2blog ?? ni la nak cerita ni . blog yg first tuu fiza buat ala - ala diary laa . tmpat luah perasaan . senang cakap , tuu untuk diri sendiri laa . yg ni plak fiza nak buat cerpen or novel or etc . dari fiza buang masa buat bnda yg xfaedah, baek fiza buat story2  . ly jugak orang laen baca . :))


#sebenarnya fiza xpndai nak buat ayt . so fiza akan buat yang termampu jaa