Pintu kelas di ketuk dengan gopoh nya . Penyarah yang berdiri di hadapan kelas , yang sedang mengajar terkejut mendengar ketukan pintu tersebut
.
“puan . maaf . saya lewat hari ni . bangun lambat “ beritahu esya kepada pensyarah nya . Pensyarahnya , Puan Adila hanya menunjuk isyarat supaya Esya ke tempatnya seperti biasa tanpa sebarang kata .
“fuhh . lega rasa nya puan tak marah aku tadi “ kata Esya seorang diri didalam hati .
Esya duduk di sebelah Murni seperti biasa . Dia mengeluarkan buku dan alat tulis nya sambil mendengar penerangan dari Puan Adila . Murni hanya melihat gelagat kawannya . Esya mendengar setiap perkataan yang keluar dari mulut Puan Adila dengan fokusnya . Tiba – tiba siku Esya dicuit Murni . Esya memandang kea rah murni , sementara murni membalas pandangan Esya dengan mimik mulut yang muncung sebagai isyarat . Isyarat supaya Esya memandang kearah lelaki yang sedang berdiri di koridor bertentangan dengan kelas mereka . Lelaki tersebut adalah lelaki yang melanggar Esya pagi tadi sebelum masuk ke kelas .
“ tengok laki yang pakai baju ungu tu . handsome nya. “ bisik murni pada Esya .
“ gatal la kau ni murni . laki cam tu pun kau cakap hensem . muka cam minta penampar ja aku tengok “ balas Esya dengan mimik muka tidak sokong apa yang dikatakan oleh murni .
“ kau ni buta ke ? handsome doe ! kalau la dia jadi boyfriend aku kan best “
“ dah mula laa tu minah ni . dah nak start berangan la tu . “ perli Esya pada Murni .
“ biar la . dengki la kau Esya . “ jawab Murni .
Tiba – tiba ada satu suara menengking kearah murni dan esya .
“ Murni , Esya . apa yang korang dengan bualkan tu ? datang kelas nak belajar ke nak berbual ? “ Rupa – rupanya suara Puan Adila . Puan Adila merenung tajam kearah mereka . kecut perut jugak Murni dan Esya melihat muka Puan Adila yang tengah marah tak ubah seperti seekor singa betina yang kelaparan .
“ Maafkan kami puan .” kata Esya dengan muka merah padam kerana malu dimarahi oleh pensyarahnya dihadapan semua rakan – rakannya .
Kelas Puan Adila pada hari itu tamat pada pukul 1 . Setelah puan adila keluar dari kelas , pelajar – pelajar menyibuk diri untuk mengemas buku – buku dan alat tulis . Sambil mengemas buku , datang lah Amir , rakan sekelas ke tempat Esya .
“ Esya . apa macam lu kena kena marah tadi ? best ? “ usik Amir . Amir memang terkenal dengan sikap nya yang nakal dan suka mengusik orang terutama pelajar perempuan .
“ Diam la kau Amir . Kau pun sama ja macam si murni ni . “ balas Esya .
“ napa aku plak ? “ sampuk murni setelah mendengar percakapan Esya .
“ lagi mau tanya ke ? aku tengah fokus nak belajar , kau sibuk nak suruh aku tengok mamat poyo tu “
“mamat mana lak kau ni esya ? “ Tanya amir .
“ ntah . aku tak kenal . kau tanya la si murni ni . dia kan suka usha lelaki kat kampus ni. Semua lelaki kat sini dia kenal “ balas Esya .
“ntah apa- apa la korang ni . dah-dah . jom balik cepat “ ajak amir pada esya dah murni .
“ jom” balas murni dan esya dengan serentak .