Monday, February 27

bab 1


Siti nur batrisyah , Esya seorang gadis kampung yang berusia 21 tahun . dia juga seorang pelajar yang kini menimba ilmu di salah satu politeknik dimalaysia iaitu Politeknik Ungku Omar , Ipoh . Esya sudah kehilangan bapanya sejak berusia 17 tahun lagi . kini , dia hanya lah menumpang kasih sayang dari ibunya sahaja serta saling menyanyangi 4 orang adik nya .  Lemah lembut , perahsia , jujur serta ikhlas setiap apa yang dia lakukan ialah perwatakan yang dilahirkan dalam diri Esya .

Esya kini berada di tahun akhir di puo . Semangat nya untuk menghabiskan pembelajarannya disitu amat tinggi .Tak sabarnya rasa nya  untuk habiskan study nya itu . Bukannya tak berminat nak belajar , tetapi dia ingin memasuki alam pekerjaan secepat mungkin . Dengan niat yang satu , iaitu ingin membantu ibunya menyara adik – beradiknya yang lain . tak sanggup lagi  rasanya dia melihat ibunyabertungkus lumus membanting tulang untuk menyara dia sekeluarga .

tak sabar rasanya aku nak final . sebab nak habis study cepat “ kata Esya pada sahabat baiknya , Murni .

Balas Murni . “ kau gila ke esya ? kita belajar pun belum habis , kau dah nak amik final paper .takut la aku dengan kau ni “

Hanya senyuman manis Esya sahaja yang membalas percakapan murni . Biar lah yang tersirat berada di fikiran dan hatinya sahaja . Dia tak nak orang lain tahu apa yang dia rasa walaupun orang yang terdekat sekali pun . itu la sikap eysa yang tidak suka membebankan orang lain dan perahsia tegar . Dia akan simpan rahsia nya walaupun sakit untuk menempuhnya . Kekuatan yang ada pada diri esya adalah kelebihan yang allah berikan padanya . Alhamdullilah .

**********************************************

Dengan pantas nya dia menyiapkan dirinya untuk ke kelas . Esya lewat ke kelas pada pagi itu . Semasa dia bergegas menuju ke kelas , bahu nya dilanggar seseorang . Habis buku yang dipegang esya bertaburan di atas koridor bangunan itu .

heyy ! tak nampak ke haa ? mata letak mana ?? “ kata esya kepada lelaki tersebut  dengan nada yang agak tinggi .

maaf . saya xsengaja laa awak . maaf kan saya . biar saya yang ambil buku awak semua ni . “ balas lelaki tersebut dengan nada sopan sebagai tanda maaf .

ahh . tak perlu .dah la lambat ni . nak langgar orang plak . isshh . lagi lambat laa aku ni .. “ membebel esya pada laki itu sambil mengutip semua buku nya yang bertaburan tadi .

Selepas mengutip semua bukunya , dia terus beredar ke kelas tanpa memandang kearah lelaki itu walaupun di hujung ekor mata . Lelaki itu hanya mampu melihat gelagat esya yang agak gopoh itu . Ketawa kecil lelaki itu seorang diri selepas mengingat kembali gelagat si Esya .

No comments:

Post a Comment